Copy & Paste

Apa yg perlu anda lakukan jika ingin copy paste?
Sila kredit kan ke blog saya .

Aug 21, 2013

Kopi ~ yg anda patut tahu :)


As Salam & Morning Readers ..
Dah minum kopi pagi ni? Me .. dah ambil secawan Mineral Coffee + roti gandum. InsyaAllah..bole tahan sehingga lunch. Kadang .. dgn sarap seringkas ni.. sampai lunch still kenyang..& just ambil sikit aje . So agak2 bole diet la hihi. But me x consistant .. sometime mkn byk.. sometime x makan.. dlm erti kata lain.. makan ikut dan je. owh.. x elok kan.. ok pelan2 ubah . 

Actually hari ni nak citer lain.. but semalam jumpa satu info kopi yg best..hasil search & share dari our STG group member - thanks to sis Norhalina STG.  So, jom .. baca info menarik ni :)


******
I LIKE COFFEE 

Melalui sains, kita belajar bahawa kopi tidak bagus untuk kesihatan. Hakikatnya, kopi merupakan satu daripada minuman paling digemari di seluruh dunia dan didapati dalam pelbagai perisa seperti Latte, Americano, Cappucino dan Espresso. Kajian mendapati lebih dari 400 million cawan kopi diambil setiap tahun. Ini menjadikan kopi minuman yang paling popular di dunia. Contohnya di US,... 107 juta orang (52% daripada jumlah penduduk) meminum kopi secara rutin setiap hari. 57 juta yang lain meminum kopi beberapa kali setiap minggu.

Kopi sebagai minuman, pertama kali digunakan oleh ahli-ahli sufi Yaman bagi membantu mereka qiyamullail dan kemudiannya tersebar ke serata tanah Arab. Orang Eropah mula mengenali kopi ketika pertembungan dan pertukaran tamadun di kalangan bangsa Arab dan Eropah semasa zaman gelap Eropah. Malahan sebahagian pengkaji sejarah mengatakan kopi telah memainkan peranan yang besar dalam kebangkitan Eropah (renaissance) kerana sebelum itu orang Eropah rata-rata hanya meminum minuman keras dan sentiasa dalam keadaan yang mabuk atau separa mabuk. Apabila kopi diperkenalkan mereka mula beralih kepada kopi untuk waktu siang dan arak waktu malam dan telah membolehkan mereka berfikir dengan jelas dan membangunkan tamadun.

Apakah di antara kebaikan-kebaikan kopi.

1. Hidup lebih Lama

Satu kajian yang dijalankan oleh Institut Kanser Kebangsaan di US mendapati orang yang minum kopi pada kadar keperluan biasa setiap hari, hidup lebih lama berbanding orang yang tidak. Ini adalah berpunca daripada antioksidan yang tinggi dijumpai semulajadi dalam kopi. Kopi juga dapat mengurangkan ketagihan seseorang terhadap rokok.

2. Mencegah Penyakit

Dalam kajian yang dijalankan di Univeristi Harvard pula, penyelidik mendapati meminum kopi 1-3 cawan sehari boleh memberi faedah kepada kesihatan anda secara dramatik. Sebagai contoh, pengambilan kopi boleh mengurangkan risiko diabetes (kencing manis). Selain itu, dapat juga mengurangkan risiko penyakit Parkinson sebanyak 80%, kanser kolon sebanyak 25% dan kanser payudara sebanyak 40%!

3. Bersenam

Sebelum anda bersenam di gim atau di rumah, lebih baik anda mulakan nya dengan meminum secawan kopi. Ini kerana, selepas minum kopi, badan akan mengeluarkan hormon endorfin. Endorfin akan meningkatkan lagi prestasi anda serta dapat bersenam dengan lebih baik lagi. Kafein dalam kopi juga dapat meningkatkan tenaga.

4. Kemampuan Kognitif Lebih Baik

Meminum kopi pada kadar yang betul (1-3 cawan sehari) boleh meningkatkan kemampuan kognitif anda. Penyelidik di California telah menjalankan ujian memori jangka pendek kepada individu. Dikatakan kafein dalam kopii dapat menghalang pembentuk plak beta-amyloid dalam otak, sekaligus menjadikan otak berfungsi dengan lebih baik. Penyakit Alzheimer mungkin boleh dirawat jika ini ada kebenarannya.

5. Mencegah stroke

Kajian yang dijalankan di Jabatan Perubatan Keluarga di Seoul, Korea mendapati penurunan risiko terkena stroke adalah sebanyak 25% bagi peminum kopi sekurang-kurangnya 1 cawan sehari. Manakala kajian di Finland pula mendapati penurunan sebanyak 12% untuk risiko stroke jika individu mengamalkan minum kopi 4 cawan sehari.

6. Kesihatan yang lebih baik

Terdapat lebih kurang 1,000 antioksidan yang terdapat dalam kandungan secawan kopi. Antioksidan ini boleh memberi manfaat dalam pelbagai cara. Antaranya adalah dapat membantu menyingkirkan toksin yang mungkin menyebabkan kanser, dapat meneutralkan radikal bebas yang boleh menyebabkan badan anda cepat naik dan masalah kesihatan yang lain.

7. Mencegah Penyakit Gout

The Nurses' Health telah mengkaji ramai jururawat wanita selama 26 tahun megenai penyakit gout ini. Keputusan menunjukkan jururawat yang kerap meminum kopi sehingga 4 cawan kopi berjaya mengurangkan risiko untuk terkena sakit gout. Antioksidan dalam kopi mengurangkan insulin dalam badan, sekaligus menurunkan tahap asid urik; penyebab kepada sakit gout!

Rujukan: http://www.coffeeandhealth.org/topics/

****
So .. tak payah susah2 nak fikir, Me suggest u all kopi yg berkhasiat..yg banyak unsur mineral.. yg tidak menyebabkan sakit kepala dsb.. minumlah KOPI MINERAL ni .. 

Mineral Coffee
RM26.50 / 20 sticks
BERMINAT UTK ORDER ~ SINI ;)
Wassalam.


No comments:

Post a Comment