Get Update : masukkan email anda

Herba Kebahagiaan Wanita & Perangsang

HERBA MAHARANI
Antara khazanah perubatan dan amalan kesihatan tertua khusus untuk wanita. Ramuan khasnya telah menyerlahkan kehebatan dan keterampilan wanita sehingga kini. Herba Maharani masih tetap menjadi pilihan utama dalam penjagaan kesihatan dan kecantikan wanita di seluruh dunia. Amalan berterusan akan memanfaatkan kesihatan keseluruhan.

Lagi..KLIK SINI

29.9.10

Herba Maharani vs Keputihan

Satu kajian klinikal terhadap 5000 wanita berkeputusan Herba Maharani dapat menyelesaikan 100% masalah keputihan.

Kenali warna-warna keputihan / lelehan faraj.

Ketahui Gejala Penyakit Melalui Warna Lelehan Faraj
Anda boleh mengetahui penyakit yang mungkin dialami melalui warna lelehan faraj. Semoga keterangan lanjut INTAN JASTINA JAMALUDDIN yang mendapatkan pandangan daripada doktor pakar perbidanan dan sakit puan, Dr. Mohamed Rafi Mohammed Feizal dari pusat perubatan Umra, Shah Alam dapat membantu.
Tanda-tanda penyakit akibat daripada keputihan boleh diamati menerusi ciri dan warna lelehan yang keluar saat keputihan berlangsung. Namun, perlu anda ketahui bahawa tidak semua lelehan yang keluar itu merupakan tanda penyakit.

Dalam kebanyakan kes, masalah keputihan yang kerap berlaku kepada para wanita adalah disebabkan oleh kulat. Ini termasuklah wanita hamil. Namun, apabila masalah menjadi lebih kronik, pemeriksaan perlu dilakukan kerana dikhuatiri ia mempunyai kaitan dengan masalah kencing manis ketika hamil. Bagi wanita yang tidak hamil, keputihan lazimnya berlaku sewaktu stres ataupun ketika imuniti tubuh menjadi lemah.

1. Jernih
Sekiranya, lelehan yang dialami berwarna jernih dan banyak lendir tetapi tidak berbau, anda tidak perlu risau. Keadaan ini merupakan sesuatu yang normal. Lazimnya, lelehan daripada warna seperti ini akan keluar dua minggu menjelang haid, sekitar waktu subur atau apabila hormon estrogen berlebihan mahupun stres. Malah, keputihan seperti ini turut sering dialami oleh kebanyakan wanita hamil.

2. Putih
Lain pula halnya jika lelehan yang keluar berwarna putih, berair dan berbau busuk. malah, jika kegatalan di sekitar kemaluan dialami dan disertai dengan rasa sakit ketika membuang air kecil maka kemungkinan besar anda menderita jangkitan yang disebabkan oleh sejenis kulat dikenali sebagai candida albicans. Kulat ini sememangnya paling sering hinggap di bahagian intim wanita.

3. Putih Pekat
Sekiranya lelehan yang keluar kelihatan seperti susu pekat, melekit, sangat banyak dengan bau yang tidak begitu menyenangkan, berkemungkinan berlaku radang pada serviks dan vagina. Dalam keadaan tertentu terutamanya ketika keadaan menjadi lebih teruk, rupa lelehan itu akan kelihatan seperti tairu. Untuk makluman anda, masalah ini sebenarnya turut berpunca daripada jangkitan candida albicans.

4. Coklat
Lelehan yang berwarna coklat, berair, sangat banyak dan lembap merupakan petanda anda mengalami masalah gangguan pembuluh darah pada serviks atau endometriosis. Warna coklat tersebut timbul akibat perdarahan seperti keguguran, haid tidak teratur ataupun darah segar yang apabila kering bertukar warna menjadi coklat.

5. Merah muda
Bagi anda yang mungkin mengalami lelehan yang berwarna merah muda, cair, sangat banyak tetapi tidak berbau maka berkemungkinan berlaku jangkitan bakteria yang tidak khusus. Biasanya keputihan ini terjadi setelah melahirkan. Selain daripada itu, ia juga mungkin haid, pendarahan di pangkal rahim, faraj atau dalam rahim. Antara lain, gejala ini turut timbul saat anda mengalami masalah hormon estrogen berlebihan.

Warna-warna lain
1.Kelabu
Apabila lelehan berwarna kelabu dengan garis darah, berair, sangat banyak dan berbau busuk, anda perlu lebih prihatin dan segera mendapatkan pemeriksaan doktor kerana ia berkemungkinan petanda awal kanser.

2. Kuning kehijauan
Jika lelehan yang keluar berupa kuning kehijauan, berbuih, sangat banyak, gatal, berbau busuk dan sakit di sekitar kawasan bahagian intim serta kemerahan pada vagina, kemungkinan besar anda mengalami jangkitan
yang disebabkan oleh kuman protozoa trichomonas vaginalis.

3. Kuning
Jangkitan yang disebabkan oleh nisseria gonorrhoe mungkin berlaku apabila lelehan yang keluar berwarna kuning, kental, sangat banyak, terasa panas dan gatal pada kemaluan; sakit di daerah sekitar kemaluan serta sakit ketika anda membuang air kecil.

Jika anda mengalami gejala keputihan seperti ini, segeralah berjumpa dengan doktor kerana rawatan khusus harus dilakukan segera bagi mencegah komplikasi yang lebih teruk. Komplikasi yang dimaksudkan sering berlaku apabila kuman mula menyerang serviks. Komplikasi jangka panjang yang lebih ngeri ialah anda mungkin mengalami masalah mandul organ peranakan terutamanya tiub fallopio rosak.

Sekiranya anda beranggapan keputihan yang dialami tergolong sebagai abnormal, maka segeralah bertemu doktor. Namun, pastikan sebelum bertemu dengannya, anda tidak membersihkan vagina dengan sabun pencuci atau apa-apa jenis pencuci pun. Hal ini penting agar doktor dapat melihat keadaan sebenar keputihan.

Selanjutnya, anda akan diberi rawatan yang bersesuaian dan dipantau perkembangannya. Dalam sesetengah kes, sekiranya masalah keputihan yang dialami berulang biarpun rawatan telah diberikan, suami pun perlu sama-sama menjalankan pemeriksaan untuk mengetahui punca sebenar keputihan yang dialami. Hal ini penting untuk dilakukan kerana punca keputihan yang anda alami mungkin berpunca daripada beliau.

Info : Antibiotik yang diambil ketika sakit akan menghapuskan sekali gus bakteria baik dan jahat. Untuk mengembalikan kewujudan bakteria baik dalam tubuh, anda digalakkan untuk mengambil yogurt atau minuman berkultur yang mengandungi banyak lactobacilus.

sumber - www.majalahpama.com.my

0 comments:

Post a Comment

Borang Pesanan . Serious buyer only, Please !

Name:
Email Address:
Mobile No:
Alamat:
Tempahan:
BANK: CIMB
MAYBANK

TERIMA KASIH.


Put a website form like this on your site.
Related Posts with Thumbnails

Masalah period

Saya 24 tahun, ketinggian 163cm berat 61kg. Baru berkahwin 3bln yg lalu. Sejak pertama kali datang period sehingga kini period sy tidak teratur. saya telah pun berjumpa doktor dan membuat pemeriksaan. saya sihat dan tidak ada masalah apa-apa di dalam perut.

Namun begitu doktor ada memberitahu bahawa saya mempunyai masalah hormon tidak balance.period saya bermula dgn keputihan berwarna coklat dan hitam, darah tidak banyak dan berakhir dgn keputihan berwarna coklat.

Apakah yg harus saya lakukan untuk balancekan hormon saya memandangkan saya dalam usaha untuk mengandung dan mendapatkan cahayamata dengan cepat.

Chinese physician berkata:
Cik,

Terima kasih atas emel anda.
Anda boleh mencuba Herba Maharani. Ia mengandungi ayam hitam (Gallus Gallus Domesticus), Cornu Cervus Nippon dan herba-herba tradisional China seperti ginseng, Concha Ostrea Gigas, Radix Angelica Sinensis dan sebagainya. Bahan utama produk iaitu Gallus Gallus Domesticus dan Cornu Cervus Nippon memperkuatkan hati, ginjal, menambahkan darah dan tenaga batin.

Herba Maharani berfungsi untuk menyelesaikan masalah kronik wanita dan gadis remaja (senggugut, keputihan, peredaran haid, usaha mengelakkan kemandulan dan lain-lain). Ia adalah amalan terbaik untuk wanita selepas bersalin (menguat dan mengecutkan otot rahim) dan melegakan masalah sakit pinggang dan belakang, angin dalam badan, kebas.


Read more

clock counter

Facebook Badge

Follow Us

 

©2009 Herba Maharani | by TNB